Membincangkan tentang cara untuk berjaya menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik
Lens ini dibangunkan khas untuk membincangkan tentang ujian-ujian yang perlu dilalui oleh calon sebelum bergelar seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD). Perbincangan tentang ujian bertulis, ptd assessment center (PAC) dan seterusnya temuduga PTD. Kandungan dalam lens ini adalah berdasarkan pengalaman dan ditulis untuk perkongsian. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda!
Peperiksaan Bertulis PTD 2009
Ianya adalah sesi lanjutan uktuk Ogos dimana untuk calon-calon yang tidak dapat hadir sesi Ogos 2009 diberi peluang untuk sesi Oktober ini. Ambillah peluang ini dan moga ianya menjadi lankah utama untuk anda bergelar seoarang pegawai tadbir dan diplomatik
Pegawai Tadbir Diplomatik
Pengenalan kepada PTD
Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.
Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.
Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.
Bagaimana Nak Jadi PTD
Peringkat2 Ujian PTD
- Menjadi seorang pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya kalu dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.
Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) . Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca.
Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessemnt Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.
Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel ptd untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidak lah semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda!
PTD Assessment Center (PAC)
Bagaimana nak berjaya dalam PTD Assessment center
Apa-apa pun kita akan sambung perbincangan untuk bagaimana nak hendak berjaya dalam prePAC. Untuk format 1 hari tahun ini seperti yang anda maklum, tiada lagi larian 2.4 KM tetapi diganti dengan ujian fizikal yang lain. Detailnya harus dirahsiakan tetapi secara kasarnya ianya dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian pertama ialah kerja berkumpulan dan anda bakal diarahkan berbuat sesuatu dengan muzik iringan. Bahagian kedua pula ialah tugasan individu yang mana stamina anda amat penting untuk lulus bahagian ini. Itu sahaja yang boleh saya gambarkan sedikit sebanyak tentang ujian fizikal dalam prePAC dengan format 1 hari yang lepas.
Apa yang penting, untuk berjaya dalam bahagian ujian fizikal ini, anda perlu melakukan persediaan bermula dari sekarang. Tingkatkan stamina anda, berlatih 'sit up' dan 'pumping' sekerap yang mungkin kerana ianya sememangnya bakal membantu anda semasa ujian fizikal nanti. PTD Assessment Center (PAC)
Lulus Temuduga PTD
Sumber rujukan untuk lulus temudgua
Demam temuduga masih belum berakhir. Banyak kekosongan di sektor kerajaan terbuka selepas pengumuman Bajet Mini oleh Perdana Menteri. Pelajar diberikan dana tambahan sebagai galakan untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan di buka dengan luasnya. Hanya yang pantas dan bijak mampu mengisi kekosongan itu.
Untuk lulus temuduga kerja kerajaan, anda perlukan persediaan yang agak rapi untuk berjaya dalam persaingan terbuka ini. Rujukan yang bagus dan maklumat teratur adalah kunci kejayaan anda dalam temuduga kerja kerajaan. Anda boleh rujuk panduan komprehensif yang disediakan oleh Jamal. Beliau menyediakan satu pakej lengkap untuk anda bersedia menghadapi temuduga kerja kerajaan. Bukan satu panduan, tapi 6 komponen semuanya untuk anda dari beliau;
1. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Versi Kemaskini Yang Kedua - dimuatkan rahsia-rahsia baru dalam menghadapi temuduga kerja kerajaan
2. Ebook Koleksi Kisah - Kisah Temuduga Kerja Kerajaan - "kisah-kisah suka duka mereka yang pernah melalui temuduga kerja kerajaan dikongsikan bersama"
3. Ebook teknik - Teknik Rahsia Bagi Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan. - ketahui teknik - teknik yang sebenarnya ketika menjawab soalan yang ditanyakan panel penemuduga
4. Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan
5. Ebook 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan - soalan - soalan dan jawapan yang begitu praktikal sebagai panduan kepada calon
6. Ebook Secrets of Succesful Job Hunting - Rahsia orang USA bagaimana untuk mencari dan mendapatkan kerja di musim kegawatan ekonomi
7. Template Resume (dalam format word) - memudahkan calon menyediakan resume yang baik
Rasanya ini merupakan satu rujukan yang anda perlu miliki untuk berjaya dalam temuduga. Dapatkan kesemuanya dengan klik DI SINI
Berjaya Ujian PTD
Exam PTD, Ujian bertulis PTD
Tapi dengan azam dan persediaan yang rapi tak mustahil anda boleh berjaya. Yang penting yakin dan ada keazaman yang tinggi diikuti dengan persediaan yang rapi dan teratur sebelum menghadapi ujian peperiksaan bertulis ini. Soalan-soan ujian ptd biasanya berkisar tentang pengetahuan am dan isu-isu semasa. Ianya tidak lah sesukar mana, asalkan anda selalu membaca akhbar tiap hari dan tahu isu-isu semasa.
Isu-isu bukan sahaj berkisar tentang politik, bahkan meliputi sukan, akademik dan lain-lain. Di samping itu juga, terdapat juga soalan peribahasa untuk menguji tahap pengetahuan berbahasa kita.

