Mari Mengenal Peribahasa Melayu
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Orang banyak berkata Bahasa Melayu itu bahasa yang Indah. Pada waktu itu saya tidak nampak di mana indahnya Bahasa Melayu itu walaupun Bahasa Melayu itu bahasa ibunda saya. Satu hari saya ke kedai buku (saya memang ulat buku :)) saya terjumpa sebuah kamus Peribahasa Melayu. Bila saya membaca satu dua peribahasa yang ada di dalamnya, barulah saya menyedari di mana indahnya Bahasa Melayu itu dan saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Ini hanyalah sumbangan kecil dari saya untuk Bahasa Ibunda saya yang semakin dilupai.

Contents at a Glance
Peribahasa 6
BARU HENDAK BERTUNAS SUDAH DIPETIK, LAMA-LAMA MATILAH POKOKNYA
Kalau pokok yang bertunas atau baru berpucuk muda dipetik lama kelamaan pokok yang baru nak hidup itu akan mati juga akhirnya.Kebanyakkan ahli perniagaan kita mengikut adat resam yang inilah. Belum siap projek dapat bayaran separuh dan beli kereta besar dan sebagainya. Akhirnya projek tak siap.
Peribahasa 5
NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA, TURUN SELANGKAH JEJAKLAH BUMI
Masa memainkan peranan dalam hidup. Begitulah juga saya. Minta maaf kerana lambat mengemaskini lens ini. Saya akan cuba untuk mengemaskini lens ini pada setiap minggu.Naik membilang anak tangga. Apa maksudnya? Cuba bayangkan bila kita naik tangga, kita selalu mengira anak tangga. Sebab apa? Sebab kita tahu naik tangga itu penat. Ambil masa nak sampai ke atas. Tapi .....bila turun sekejap saja bukan?
Maksud peribahasa 'Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah bumi' ialah untuk memperolehi kejayaan selalunya memang lambat, tetapi apabila hendak jatuh mudah sekali. Malangnya dalam kehidupan biasanya bila kita jatuh, barulah kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.
Sebab itu, jatuh itupun nikmat dari Allah s.w.t. Dari situlah kita bermuhasabah diri. Ingat! Sentiasa berusaha dahulu, barulah kita berserah kepadaNya.
Bagi mereka yang cuba mengecap kejayaan, berhati-hatilah dan semoga berjaya!
Saya Buat Blog
Peribahasa, Pantun dan segalanya
Assalamualaikum
Minta maaf agak lama tidak menjenguk ke lens ini kerana sibuk. Sehingga ada komen pun tak perasan. Untuk pengetahuan saya telah membuka sebuah blog berkaitan dan Bahasa Melayu di blogger.com. Sila 'click' ke pautan ini
http://hartajiwa.blogspot.com
Segala jawapan pada komen sedia ada saya akan jawab di sana. Jumpa di sana!!

Peribahasa 4
AIR TAWAR SECAWAN DITUANG KE LAUT, TAKKAN DAPAT MENGHILANGKAN RASA MASINNYA.
Di mana ada air tawar secawan boleh mendatangkan kesan ke atas air laut? Kemasinan air laut itu tentu tidak terjejas.
Maksudnya pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban yang besar.
Maksudnya pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban yang besar.
Peribahasa 3
AIR DI CUCURAN ATAP, JATUHNYA DI PELIMBAHAN JUGA
Air hujan yang jatuh di bumbung rumah akan mengalir di cucuran atap terlebih dahulu. Air ini adalah bersih kerana berada di tempat yang tinggi. Namun, akhirnya jatuh juga di longkang (pelimbahan) yang mana kotor sebagaimana air yang lain juga.
Maksudnya seorang anak walaupun dilahirkan bersih, semakin lama ia akan mengikut perilaku ibu bapa atau asal keturunannya.
Jangan biar air jatuh di pelimbahan tetapi jatuh di takungan simpan. Guna didikan agama.

Peribahasa 2
ADAKAH DARI TELAGA YANG JERNIH ITU MENGALIR AIR YANG KERUH?
Kalau sudah perigi itu menghasilkan air yang jernih, sudah tentulah air yang mengalir keluar juga jernih. Memang tidak munasabah jika dari telaga yang jernih mengalir air yang keruh.
Maksudnya ialah mana mungkin orang yang berpendidikan melakukan perkara-perkara keji atau mengeluarkan kata-kata kotor....
Ingat!!! Ilmu didikan hati bukan didikan otak.
Maksudnya ialah mana mungkin orang yang berpendidikan melakukan perkara-perkara keji atau mengeluarkan kata-kata kotor....
Ingat!!! Ilmu didikan hati bukan didikan otak.
Peribahasa 1
ADAKAH AIR YANG PENUH DI DALAM TONG ITU BERKOCAK, MELAINKAN AIR YANG SETENGAH TONG ITU JUGA YANG BERKOCAK?
Tong ialah sebuah bekas yang biasanya besar dan berbentuk selinder yang kebiasaannya digunakan untuk mengisi air. Sekiranya tong itu penuh dengan air, sudah tentulah air di dalam tong itu tidak berkocak. Namun, sekiranya setengah sahaja tong berisi air sudah tentulah air itu akan berkocak akibat goncangan yang kuat.
Maksud peribahasa ini ialah orang yang tidak berilmu juga yang banyak bercakap.
Maka hati-hati bila bercakap. Prof. Dr. Hamka pernah berkata kalau kita hendak lihat tahap pemikiran seseorang itu, lihatlah cara dia bercakap.

Peribahasa Melayu di Amazon.com
Sumber-sumber Peribahasa Melayu di Amazon.com
Buku Tetamu
Silakan Komen
Ada idea lain untuk meningkatkan lens ini? Komen yang membina dialu-alukan
submit
-
Reply
- The_Revivalist The_Revivalist Jul 3, 2009 @ 2:21 am
- Terimaksih Fifi. Sebenarnya bukan setakat pelajar sekolah je. Sekarang sudah ramai orang dewasa sendiri pun yang sudah lupa akan peribahasa ni. Sedih tak? Sila ke blog saya yang saya bina khas untuk skop ini. Promote pada kawan-kawan ya?....:)[in reply to fifi]

- The_Revivalist The_Revivalist Jul 3, 2009 @ 2:03 am
- Terimakasih Aqilah atas reply. Contoh peribahasa ke arah apa Aqilah? Boleh spesifik sikit? Insya'Allah saya tolong.Sila ke blog saya di http://hartajiwa.blogspot.com[in reply to aqilah]
-
Reply
- dang seri izurin dang seri izurin Jul 2, 2009 @ 8:34 am
- mau tanya apa maksud pemborong
-
Reply
- diana diana Jun 24, 2009 @ 9:57 pm
- sudah terhantuk baru terngadah
- Load More
'Blog Post' dari Google
- Kiasan Melayu: Kiasan Melayu: Beberapa Definisi
- Kiasan Melayu di halaman ini tidak dimaknakan secara muktamad. Boleh jadi ia peribahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan atau simpulan bahasa. Boleh jadi juga ia puisi yang hadir dalam rupa pantun, syair, gurindam dan seloka. ...
- Kiasan Melayu: Beberapa Definisi - SENTUHAN DARI DESA
- Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. ... Pepatah seakan- akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang ...
- Salle Sulieman: Sastera Rakyat dan Peranannya dalam Pemerkasaan Bangsa
- Selain pantun, peribahasa juga menggambarkan keunikan sastera lisan rakyat Melayu dengan adanya bidalan, pepatah dan peribahasa. Tujuan pantun dan peribahasa dicipta bukan sekadar untuk berhibur atau suka- suka. ... Mereka sangat mementingkan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Apa saja yang berlaku di sekeliling mereka akan diungkapkan dalam bentuk- bentuk seperti pantun atau peribahasa. Pemikiran bangsa Melayu dan pandangan hidup mereka terjaga dan terpelihara dengan ...
- Informasi Wisata dan Budaya: Adat-Istiadat dalam Pergaulan Orang ...
- Bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa nasional Indonesia mengikutsertakan pepatah, ungkapan, peribahasa, pantun, seloka, dan sebagainya yang hidup dalam masyarakat Melayu menjadi milik nasional dan dipahami oleh semua warga negara ...
Here's my favorite link:
by The_Revivalist
Hello world. This is my bio.
My name is The Revivalist. I'm from Malaysia. Age 39. A 2nd grade Electrical Engineer. (more)